Shake-shake?

Tuesday, 8 January 2013

Fenomena shake-shake sedang melanda di campus Oggy sekarang. Tak tahu pulak dengan IPT lain. Tapi kat sini, penangannya cukup hebat. Hampir tiap-tiap hari ade je post yang naik kat wall FB pasal shake-shake ni.


Ape taknye, HERBAL LIFE bukan saja semakin popular dalam kalangan student, malah mak cik-mak cik pun sama naiknya. Ye la, produk yang bagus untuk kesihatan, mesti la dapat perhatian daripada semua lapisan masyarakat kan.


Setahu Oggy la, Herbal Life ni sebenarnya produk kesihatan, sebagai supplement tambahan untuk badan yang sihat. Boleh juga digunakan untuk menurunkan berat badan serta menambah berat badan. Waaahhh, memang multipurpose la. Sebab tu juga la harganya turut multiple. J


Ramai dah kawan-kawan try, nampak la perubahan mereka. Yang nak kurus, nampak la susutnya. Yang nak tambah berat badan, nampak la montelnya. Bergantung pada cara pengambilannya. Untuk kecantikan kulit pun baik juga katanya.


Apa pun, nak tahu lebih lanjut, try la contact dengan ajen-ajen berdaftar. Oggy ni sekadar share maklumat sikit-sikit. Mana la tahu berkenan ke, sila la cuba. Sekian.



Oggy pun tengah slow-slow save money, nak try jugak..hihihi J

&&&&&&&

#peaceNOwar

Friendship for Friend!!!

Saturday, 5 January 2013

Friendship...
Something that cannot be understood and explained thoroughly...


Friendship...
So special in every second of current friendship


Friendship...
Can cause the human banded together

Friendship...
To share happiness and sadness in life


You hear all the time I was weeping in grief,
You where I complain when I'm depressed,
You like and cheer me with advice and lively antics.


But I admit, we had a hostile,

hostile when I was so jealous of you,
when I know that you were so loved another friend,
my attitude was so bad that you judge the current friendships,
but you will still remain as friends ADC me.



Thank you for all your counsel,

Thank you for your cheerful smile and antics,
thanks for the support you give,
I am very thankful to God because we have gathered.



This poem belong to a friend of mine.She wrote this poem for me.And of course, this is our story.Sorry, the language might be in chaos.Because we are still learning at that time.

#missYOURlove


The Taken Road!

Friday, 4 January 2013

I’m walking along the street,
Counting my step, one-by-one,
Looking around make me eager,
Coz I know I’m not alone.


 Double white line escort my first step,
Guiding me to follow the road flow,
My parents seems like that,
Wrought me since I’m infant.


When it becomes white dotted lines,
It makes me perform like a flying baby bird,
Friends with peers,
And trying to know what friendship is.


 The next step is at night,
Too scarify coz it is darker than black,
But fortunately the street lamp lightening my darkness,
Like him, who gave me the true love.


So I’m continue stepping, one-by-one,
Until at the end of the street,
There’s no more ways to go,
Coz I’ve found the dot of this journey – DEATH.



I OWN this poem.
Inspired by The Road Not Taken by Robert Frost.

#peaceNOwar

New Year, New Life?


Bismullahirrahmanirrahim..


Tahun baru, azam baru, semuanya nak baru kan? Ramai juga yang nak jadikan tahun baru sebagai titik permulaan untuk sesuatu yang baru. InsyaAllah, sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya.


Oggy pun sama juga. 2013 membawa lembaran baru buat Oggy kerana tahun ni Oggy dapat roommate baru.. Siapa roommate baru Oggy ni? Ohh my.. Insan yang tidak pernah terlintas di kotak fikiran ni untuk jadi roommate.


Hidup Oggy lepas ni walaupun tak berubah 100%, at least akan berubah juga sedikit sebanyak. Sebabnya? We have to be like a chameleon. Ya, sejenis haiwan yang dalam bahasa kita orang panggil sesumpah. Why chameleon, not other kind of creature? Because chameleon is the one that can adapt with new situation by changing it’s colour.


Jadi, kita pun kena la jadi macam sesumpah. Belajar untuk sesuaikan diri dengan persekitaran supaya memudahkan kita untuk menjalani kehidupan ni. Tapi.... nanti orang kata kita ni FAKE pula sentiasa berubah-ubah perangai dalam situasi berlainan. Hurm... Oggy nak share something yang mungkin boleh membantu dalam hal ni.


I act differently around different people. Mind you, I’m not FAKE. I just have my own COMFORT ZONE. That’s why I only can completely be myself when I’m with people I’m comfortable with.



Sekian dari Oggy ye..

#peaceNOwar

Doa Saidina Ali


YA ALLAH...


Jadikan kami dari kalangan orang yang dambanya adalah mencintai dan merindui-Mu,

Nasibnya hanya merintih dan menangis kepada-Mu,

Dahinya sujud kerana kebesaran-Mu,

Matanya terjaga dalam mengabdi-Mu,

Airmatanya mengalir kerana takut pada-Mu,

Hatinya terikat pada cinta-Mu,

Kalbunya terpesona dengan kehebatan-Mu...



Wahai Yang cahaya kesucian-Nya bersinar dalam pandangan para yang mencintai-Nya,

Wahai Yang kesucian wajah-Nya membahagiakan hati pada yang mengenali-Nya,

Wahai Yang dikejar kalbu para yang merindui,

Wahai Tujuan harapan para yang mencintai...



Aku memohon cinta-Mu,

Dan cinta orang yang mencintai-Mu,

Dan cinta amalan yang membawaku ke samping-Mu...



Jadikan Engkau lebih aku cintai daripada selain-Mu,

Jadikan cintaku kepada-Mu membimbingku pada keredhaan-Mu,

Jadikan kerinduanku pada-Mu mencegahku dari melakukan maksiat pada-Mu...



Anugerahkan padaku memandang-Mu,

Tataplah diriku dengan tatapan sayang-Mu,

Jangan palingkan wajah-Mu dariku,

Jadikan aku dari penerima anugerah dan kurnia-Mu,



WAHAI PEMBERI IJABAH
YA ARHAMARRAHIMIN...


[Petikan doa SAIDINA ALI KARRAALLU WAJHAH]
Ya Allah..Aku tidak layak untuk syurga-MU,Namun aku juga takut azab neraka-MU.

Jika Aku Jatuh Hati..

Saturday, 29 December 2012
Bismillahirrahmanirrahim




Ya Allah..

Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya pada-MU,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.


Ya Muhaimin..

Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang nafsu.


Ya Rabbana..

Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daridapa hati-Mu.


Ya Rabbul Izzati..

Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang, Yang merindui syahid di jalan-Mu.


Ya Allah..

Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajjat di sepertiga malam terakhir-Mu.


Ya Allah..

Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.


Ya Allah..

Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu...


Amin Ya Rabbal Alamin...



Shahdu sungguh puisi ini ditambah dengan alunan muzik yang mendayu-dayu. SubhanAllah, indahnya CINTA KERANA-MU.

#peaceNOwar

Cinta?

Bismillahirrahmanirrahim..


Wah, awal-awal lagi dah post pasal cinta bagai. Sebabnya? Perasaan tu sesuatu yang universal. Semua manusia mempunyai rasa CINTA. Cuma tahapnya berbeza-beza dan tentunya target cinta itu juga berbeza.


Salah ke bercinta?

Ada mana-mana dalil sahih yang mengatakan CINTA tu sesuatu yang kotor dan keji? Kalau ada, Allah takkan meletakkan rasa cinta dalam hati setiap manusia sebagai sesuatu yang FITRAH. Dalam erti kata lain, natural. Lahir je kat muka bumi ni, Allah dah campak rasa tu dalam hati kita. Buktinya? Bayi pun pandai menangis kalau orang yang tak kenal pegang dia lama-lama. Kenapa? Kerana rasa cinta kepada ibunya yang sentiasa melindungi dan memenuhi keperluannya.


Habis kenapa ramai yang larang kita bercinta?

Seperti yang terpapar di atas, CINTA ITU FITRAH. Semua hati manusia biasa mempunyai rasa cinta tersebut. Namun, yang sering menjadi masalah adalah apabila FITRAH BERTUKAR MENJADI FITNAH.


Bagaimana pula fitrah bertukar menjadi fitnah?

Apabila manusia tidak pandai mengurus rasa cinta yang ada dalam hati mereka. Ingat hal kewangan saja ke yang perlu diurus dengan baik? Cinta juga perlu diurus supaya tidak menimbulkan hal-hal yang memudaratkan diri serta orang lain.

Jika kita lihat dalam aspek yang lain, perasaan BENCI juga merupakan salah satu fitrah dalam hati manusia. Sesuatu yang Allah fitrahkan kepada kita pasti mempunyai sebab atau hikmah yang sangat besar. Benci dengan maksiat, perkara-perkara mungkar, lagha dan banyak lagi sifat mazmumah (perkara tidak baik). Namun jika kita tidak cekap dalam menguruskan perasaan benci ini, hidup kita akan sengsara. Penuh dengan kebencian, penderitaan. Orang cantik sikit dari kita pun nak benci, orang kaya sikit dari kita pun nak benci, segalanya-galanya la nampak tak kena di mata kita.

Jadi, amat pentinglah mengurus perasaan yang Allah fitrahkan kepada kita dengan sebaik-baiknya, terutama fitrah cinta yang sangat besar pengaruhnya dalam kehidupan seseorang.


Bagaimana mengurus cinta?

Sebenarnya, dari kecil lagi perasaan tu telah memainkan peranan dalam hidup seseorang. Cuma kadang-kadang kita tak perasan. Contohnya masa tadika, yang perempuan suka malu-malu depan budak lelaki yang dia suka (blushing la). Yang lelaki pula suka cari gaduh semata-mata nak dapatkan perhatian orang yang dia suka. Tu semua katogeri CINTA KECIL (suka).


Ni Oggy punya "Hirarki Cinta". Kalau tak setuju, terpulanglah.

Bila meningkat remaja, lain pula caranya. Ada yang sekadar suka dari jauh (admire) dan ada juga yang berani terus terang yang dia suka sapa-sapa tanpa segan silu. Haaa, yang ini la bahaya. Tak salah berterus terang, tetapi malu itu perlu menjadi batasan.

MALU adalah senjata utama lebih-lebih lagi bagi kaum hawa. Tanpa pesaan malu, padah boleh mengundang. Senario "cinta keji" zaman sekarang yang berpegangan tangan, berpelukan dan bercumbu di khalayak ramai adalah kerana hilangnya rasa malu dalam diri pasangan tersebut.

DOA senjata mukmin. Ya, banyakkanlah berdoa supaya kita tidak terjebak dalam kancah kemaksiatan yang nyata. Bila hati rasa tergugat, banyakkan ISTIGFAR. Bayangkan azab Allah yang pedih di akhirat kelak, api neraka yang menggelegak kehitaman. InsyaAllah, mampu menahan diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar.

Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.


Oggy pun bukanlah pakar sangat dalam pembentangan nas-nas agama. Sekadar sedikit perkongsian tentang apa yang Oggy tahu. Nak maklumat yang lebih jelas, boleh la klik link kat bawah ni. Orang kata jauh perjalanan, luas pemandangan.

#peaceNOwar

http://aliyarazak.blogspot.com/2012/10/bagaimana-menguruskan-fitrah.html
http://amadanaksoleh.blogspot.com/2010/01/manual-bercinta-menguruskan-cinta.html