Bismillahirrahmanirrahim..
Wah, awal-awal lagi dah post pasal cinta bagai. Sebabnya? Perasaan tu sesuatu yang universal. Semua manusia mempunyai rasa CINTA. Cuma tahapnya berbeza-beza dan tentunya target cinta itu juga berbeza.
Salah ke bercinta?
Ada mana-mana dalil sahih yang mengatakan CINTA tu sesuatu yang kotor dan keji? Kalau ada, Allah takkan meletakkan rasa cinta dalam hati setiap manusia sebagai sesuatu yang FITRAH. Dalam erti kata lain, natural. Lahir je kat muka bumi ni, Allah dah campak rasa tu dalam hati kita. Buktinya? Bayi pun pandai menangis kalau orang yang tak kenal pegang dia lama-lama. Kenapa? Kerana rasa cinta kepada ibunya yang sentiasa melindungi dan memenuhi keperluannya.
Habis kenapa ramai yang larang kita bercinta?
Seperti yang terpapar di atas, CINTA ITU FITRAH. Semua hati manusia biasa mempunyai rasa cinta tersebut. Namun, yang sering menjadi masalah adalah apabila FITRAH BERTUKAR MENJADI FITNAH.
Bagaimana pula fitrah bertukar menjadi fitnah?
Apabila manusia tidak pandai mengurus rasa cinta yang ada dalam hati mereka. Ingat hal kewangan saja ke yang perlu diurus dengan baik? Cinta juga perlu diurus supaya tidak menimbulkan hal-hal yang memudaratkan diri serta orang lain.
Jika kita lihat dalam aspek yang lain, perasaan BENCI juga merupakan salah satu fitrah dalam hati manusia. Sesuatu yang Allah fitrahkan kepada kita pasti mempunyai sebab atau hikmah yang sangat besar. Benci dengan maksiat, perkara-perkara mungkar, lagha dan banyak lagi sifat mazmumah (perkara tidak baik). Namun jika kita tidak cekap dalam menguruskan perasaan benci ini, hidup kita akan sengsara. Penuh dengan kebencian, penderitaan. Orang cantik sikit dari kita pun nak benci, orang kaya sikit dari kita pun nak benci, segalanya-galanya la nampak tak kena di mata kita.
Jadi, amat pentinglah mengurus perasaan yang Allah fitrahkan kepada kita dengan sebaik-baiknya, terutama fitrah cinta yang sangat besar pengaruhnya dalam kehidupan seseorang.
Bagaimana mengurus cinta?
Sebenarnya, dari kecil lagi perasaan tu telah memainkan peranan dalam hidup seseorang. Cuma kadang-kadang kita tak perasan. Contohnya masa tadika, yang perempuan suka malu-malu depan budak lelaki yang dia suka (blushing la). Yang lelaki pula suka cari gaduh semata-mata nak dapatkan perhatian orang yang dia suka. Tu semua katogeri CINTA KECIL (suka).
![]() |
| Ni Oggy punya "Hirarki Cinta". Kalau tak setuju, terpulanglah. |
Bila meningkat remaja, lain pula caranya. Ada yang sekadar suka dari jauh (admire) dan ada juga yang berani terus terang yang dia suka sapa-sapa tanpa segan silu. Haaa, yang ini la bahaya. Tak salah berterus terang, tetapi malu itu perlu menjadi batasan.
MALU adalah senjata utama lebih-lebih lagi bagi kaum hawa. Tanpa pesaan malu, padah boleh mengundang. Senario "cinta keji" zaman sekarang yang berpegangan tangan, berpelukan dan bercumbu di khalayak ramai adalah kerana hilangnya rasa malu dalam diri pasangan tersebut.
DOA senjata mukmin. Ya, banyakkanlah berdoa supaya kita tidak terjebak dalam kancah kemaksiatan yang nyata. Bila hati rasa tergugat, banyakkan ISTIGFAR. Bayangkan azab Allah yang pedih di akhirat kelak, api neraka yang menggelegak kehitaman. InsyaAllah, mampu menahan diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar.
Aku minta ampun daripada Allah yang tidak
ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang
menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.
Oggy pun bukanlah pakar sangat dalam pembentangan nas-nas agama. Sekadar sedikit perkongsian tentang apa yang Oggy tahu. Nak maklumat yang lebih jelas, boleh la klik link kat bawah ni. Orang kata jauh perjalanan, luas pemandangan.
#peaceNOwar
http://aliyarazak.blogspot.com/2012/10/bagaimana-menguruskan-fitrah.html
http://amadanaksoleh.blogspot.com/2010/01/manual-bercinta-menguruskan-cinta.html



0 comments:
Post a Comment