YA ALLAH...
Jadikan kami dari kalangan orang yang
dambanya adalah mencintai dan merindui-Mu,
Nasibnya hanya merintih dan menangis
kepada-Mu,
Dahinya sujud kerana kebesaran-Mu,
Matanya terjaga dalam mengabdi-Mu,
Airmatanya mengalir kerana takut pada-Mu,
Hatinya terikat pada cinta-Mu,
Kalbunya terpesona dengan kehebatan-Mu...
Wahai Yang cahaya kesucian-Nya bersinar
dalam pandangan para yang mencintai-Nya,
Wahai Yang kesucian wajah-Nya membahagiakan hati pada yang mengenali-Nya,
Wahai Yang dikejar kalbu para yang
merindui,
Wahai Tujuan harapan para yang mencintai...
Aku memohon cinta-Mu,
Dan cinta orang yang mencintai-Mu,
Dan cinta amalan yang membawaku ke
samping-Mu...
Jadikan Engkau lebih aku cintai daripada
selain-Mu,
Jadikan cintaku kepada-Mu membimbingku pada
keredhaan-Mu,
Jadikan kerinduanku pada-Mu mencegahku dari
melakukan maksiat pada-Mu...
Anugerahkan padaku memandang-Mu,
Tataplah diriku dengan tatapan sayang-Mu,
Jangan palingkan wajah-Mu dariku,
Jadikan aku dari penerima anugerah dan
kurnia-Mu,
WAHAI PEMBERI IJABAH
YA ARHAMARRAHIMIN...
[Petikan doa SAIDINA ALI KARRAALLU WAJHAH]
Ya Allah..Aku tidak layak untuk syurga-MU,Namun aku juga takut azab neraka-MU.

0 comments:
Post a Comment